Ernie Zakri nyanyi ‘La Vie En Rose’ bersama Presiden Perancis

LocalEntertainment
17 Nov 2026 • 11:10 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ernie Zakri nyanyi ‘La Vie En Rose’ bersama Presiden Perancis

PETALING JAYA – Satu lagi penghormatan membanggakan diraih penyanyi Ernie Zakri apabila diberi peluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam satu majlis rasmi hari ini.

Momen istimewa itu berlangsung pada majlis makan tengah hari yang dihoskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, sempena lawatan rasmi dua hari Macron ke Malaysia.

Ernie atau nama lengkapnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, 34, berkata, peluang tersebut bukan sahaja menjadi kebanggaan, malah antara kenangan terindah sepanjang perjalanan kerjaya seninya.

Menurutnya, persembahan berkenaan turut menjadi wadah mempererat hubungan diplomatik antara Malaysia dan Perancis menerusi seni serta muzik.

“Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis merupakan detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.

“Peluang menyanyikan La Vie En Rose bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang dihargai sepanjang hayat.

“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Persembahan istimewa itu disifatkan sebagai pertemuan indah antara suara, seni dan diplomasi yang berjaya merentasi perbezaan bahasa serta sempadan budaya kedua-dua negara.

Untuk rekod, lawatan berkenaan merupakan kunjungan rasmi pertama Macron ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Perancis pada Mei 2017. – KOSMO! ONLINE

The post Ernie Zakri nyanyi ‘La Vie En Rose’ bersama Presiden Perancis appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved