Ernie Zakri Duet Dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, Nyanyi Lagu ‘La Vie En Rose’! - "Saya Amat Bersyukur..."

18 Nov 2026 • 12:37 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Ernie Zakri Duet Dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron, Nyanyi Lagu ‘La Vie En Rose’! - "Saya Amat Bersyukur..."

Penyanyi terkenal, Ernie Zakri melakar satu lagi kenangan manis dalam perjalanan seninya apabila berpeluang mendendangkan lagu klasik Perancis, La Vie En Rose, bersama Presiden Perancis, Emmanuel Macron.Momen istimewa itu berlangsung dalam satu majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Majlis berkenaan diadakan bersempena lawatan rasmi dua hari Presiden Perancis ke Malaysia, sekali gus menjadi medan pertemuan antara seni muzik dan hubungan diplomatik kedua-dua negara.Bagi Ernie, peluang membuat persembahan di hadapan pemimpin negara berkenaan merupakan satu penghormatan besar, lebih-lebih lagi apabila dapat menyanyikan lagu ikonik Perancis itu bersama Macron sendiri.“Diberi penghormatan untuk membuat persembahan di hadapan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, merupakan detik yang amat bermakna dalam perjalanan seni saya.“Peluang menyanyikan ‘La Vie En Rose’ bersama beliau menjadikan pengalaman ini lebih istimewa dan akan kekal sebagai kenangan yang saya hargai sepanjang hayat.“Saya amat bersyukur atas kepercayaan yang diberikan untuk membawa suara dan seni Malaysia ke pentas ini,” katanya.Pengalaman tersebut pastinya menjadi antara pencapaian yang cukup bermakna buat Ernie, yang selama ini dikenali dengan kemampuan vokalnya yang mantap.Malah, persembahan berkenaan turut memperlihatkan bagaimana muzik mampu menjadi jambatan yang merapatkan hubungan antara dua negara, tanpa dibatasi perbezaan bahasa dan budaya.Buat Ernie, kesempatan berkongsi pentas dengan Presiden Perancis bukan sahaja menjadi kenangan peribadi, malah satu penghormatan apabila dapat mengetengahkan bakat seni Malaysia dalam sebuah acara diplomatik bertaraf antarabangsa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved