Ernie Zakri Rangkul Bintang Paling Popular, Raih 124 Juta Undian

EntertainmentMusic
13 Dec 2025 • 11:36 AM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

image is not available

KUALA LUMPUR – Penyanyi terkenal, Ernie Zakri, mencipta detik manis apabila dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam sebuah anugerah berprestij yang berlangsung malam ini, lapor Astro Gempak.

Kemenangan tersebut menyaksikan Ernie menerima sokongan luar biasa daripada peminat apabila berjaya mengumpul 124 juta undian, sekali gus melayakkannya membawa pulang trofi utama serta hadiah wang tunai berjumlah RM30,000.

“Saya Tak Terfikir Akan Menang”

Mengulas kemenangannya, Ernie mengakui langsung tidak menyangka akan dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori paling berprestij itu.

“Saya nak balik tadi sebab memang tak terfikir akan menang. Terima kasih kepada semua yang mengundi. Jauh sungguh fikiran saya untuk dapat anugerah ini dan saya memang tak tahu nak cakap apa,” katanya.

Tambah Ernie, kejayaan itu menjadi pembakar semangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam kerjayanya sebagai penyanyi.

“Doakan saya supaya saya dapat buat yang lebih baik,” ujarnya.

Dalam majlis anugerah yang sama, Ernie turut mencatat kejayaan berganda apabila memenangi kategori Penyanyi Wanita Popular, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara figura paling berpengaruh dalam industri muzik tanah air ketika ini. – The Malaysian Update

The post Ernie Zakri Rangkul Bintang Paling Popular, Raih 124 Juta Undian appeared first on The Malaysian Update.