Ernie Zakri Kongsi Detik-detik Dihubungi Pihak Produksi Untuk Kembali Semula Ke Acara ABPBH

EntertainmentLifestyle
13 Dec 2025 • 2:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Malam tadi, acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah menyaksikan penyanyi, Ernie Zakri telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 37 pada tahun ini.

Apa yang menarik perhatian ialah Ernie Zakri telah tampil ke atas pentas menerima trofi kemenangannya dengan memakai pakaian serba ringkas kerana dia telah menukar pakaiannya selepas menerima trofi anugerah Penyanyi Paling Popular sebelum itu.

Ini kerana Ernie sebenarnya bercadang untuk pulang lebih awal dari acara anugerah itu kerana mahu meraikan kemenangannya bersama anak dan suami yang juga penyanyi, Syamel di restoran.

Ernie mengatakan bahawa dia tidak menyangka bakal meraih trofi Bintang Paling Popular itu malam tadi dan dia telah kembali semula ke acara tersebut setelah dihubungi oleh pihak produksi ketika berada di dalam kereta.

Sebentar tadi, Ernie ada berkongsikan detik-detik dia dihubungi oleh pihak produksi yang memintanya untuk kembali semula ke acara berkenaan.

Ernie kemudiannya dilihat berlari di dalam rakaman video tersebut kerana mahu cepat sampai ke acara berkenaan meskipun tidak sempat untuk menukar semula pakaiannya.

image is not available

 

Ernie turut mengucapkan terima kasih dan rasa syukurnya atas kemenangan tersebut.

Tahniah Ernie!

Sumber: Instagram Ernie Zakri

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.