Eropah sedang terbakar dalam senyap

Health & Fitness
26 Jun 2026 • 8:00 PM MYT
Public Health M'sia
Public Health M'sia

Public Health M'sia shares simple, relatable health education.

Image from: Eropah sedang terbakar dalam senyap
Public Health Malaysia

Gelombang haba ekstrem kini melanda beberapa negara utama Eropah apabila amaran haba tahap merah dikeluarkan di Perancis, United Kingdom, Itali dan beberapa negara lain.

Ini bukan musim panas biasa.

Perancis merekodkan hari paling panas dalam sejarah negaranya pada 23 Jun 2026. Suhu purata nasional mencecah 29.8°C, manakala beberapa kawasan mencatat suhu melebihi 40°C.

Di Paris, suhu sekitar 40°C menyebabkan beberapa lokasi tumpuan pelancong seperti Menara Eiffel dan Muzium Louvre mengehadkan waktu lawatan.

Di Perancis juga, sekurang-kurangnya 40 kematian akibat lemas dilaporkan dalam tempoh seminggu apabila ramai orang cuba mencari kelegaan dengan mandi di sungai, tasik dan kawasan air terbuka. Kebanyakan mangsa dilaporkan melibatkan golongan muda.

United Kingdom pula menutup ratusan sekolah kerana kebimbangan pelajar tidak dapat dilindungi dalam bangunan yang terlalu panas. Beberapa perkhidmatan tren turut terganggu kerana risiko berkaitan haba kepada sistem rel.

Di Itali, 16 bandar termasuk Rome, Milan, Turin, Venice dan Bologna diletakkan di bawah amaran haba ekstrem. Penggunaan pendingin hawa meningkat mendadak sehingga mencetuskan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

Di Sepanyol, suhu dilaporkan mencecah 44°C di selatan Andalusia, walaupun gelombang haba mula reda di beberapa kawasan.

Ini bukan sekadar isu cuaca.

Gelombang haba ialah isu kesihatan awam.

Badan manusia ada hadnya. Apabila suhu terlalu tinggi, badan sukar menyejukkan diri. Risiko dehidrasi, heat exhaustion dan heat stroke meningkat, terutama kepada kanak-kanak, warga emas, pesakit kronik, wanita hamil dan mereka yang banyak berjalan di luar.

Tanda bahaya yang perlu diberi perhatian:

Sakit kepala.

Pening.

Loya atau muntah.

Dahaga melampau.

Kekejangan otot.

Berpeluh terlalu banyak.

Badan terlalu panas.

Keliru.

Lemah atau hampir pitam.

Tidak sedarkan diri.

Heat stroke ialah kecemasan perubatan.

Jangan tunggu “nanti sejuk sendiri”.

Jika anda bercadang ke Eropah dalam masa terdekat, jangan rancang perjalanan seperti biasa. Rancang ikut cuaca.

1. Semak amaran cuaca setiap hari

Sebelum keluar hotel, semak heat alert di negara yang dilawati. Jangan hanya tengok suhu maksimum. Tengok juga amaran merah, orange warning, indeks haba, waktu puncak panas dan nasihat pihak berkuasa tempatan.

2. Susun itinerary ikut suhu

Elakkan aktiviti outdoor antara 11 pagi hingga 5 petang. Buat aktiviti luar pada awal pagi atau lewat petang. Simpan muzium, shopping mall, masjid, kafe, indoor attraction dan tempat berhawa dingin untuk waktu tengah hari.

3. Jangan paksa anak berjalan jauh

Kanak-kanak cepat letih, cepat dehidrasi dan sukar menerangkan gejala. Jika anak mula diam, meragam, muka merah, pening, muntah atau terlalu mengantuk, hentikan aktiviti. Masuk tempat sejuk dan beri minum.

4. Jangan kejar semua tempat dalam satu hari

Dalam gelombang haba, itinerary padat boleh jadi risiko kesihatan. Kurangkan lokasi. Banyakkan rehat. Jangan paksa berjalan 20,000 langkah semata-mata nak cukupkan checklist.

5. Bawa air setiap masa

Jangan tunggu dahaga. Minum sedikit tetapi kerap. Air kosong lebih penting daripada kopi, minuman manis atau energy drink. Jika banyak berpeluh, ambil makanan atau minuman yang membantu gantikan garam badan.

6. Pilih pakaian sesuai

Pakai pakaian longgar, ringan dan mudah menyerap peluh. Gunakan topi, payung, sunglasses dan sunscreen. Kasut juga penting kerana jalan panas dan berjalan jauh boleh menyebabkan cepat letih.

7. Semak hotel ada air-cond atau tidak

Ramai pelancong Malaysia terkejut kerana tidak semua hotel, apartment atau homestay di Eropah mempunyai pendingin hawa seperti di Malaysia. Jangan anggap semua bilik ada air-cond. Semak sebelum booking.

8. Hati-hati mandi di sungai, tasik dan pantai

Ramai orang akan cari air bila terlalu panas. Tetapi kawasan air terbuka boleh berbahaya jika tiada pengawasan, arus kuat, air terlalu dalam, atau badan sudah letih akibat panas. Jangan berenang seorang diri. Jangan biarkan anak mandi tanpa pengawasan.

9. Simpan nombor kecemasan

Di negara Kesatuan Eropah, nombor kecemasan umum ialah 112. Simpan juga nombor kedutaan Malaysia, nombor hotel dan maklumat insurans perjalanan.

10. Ambil insurans perjalanan

Pastikan insurans meliputi rawatan kecemasan, kelewatan perjalanan, pembatalan aktiviti, gangguan pengangkutan dan isu kesihatan semasa travel.

11. Semak status tren, penerbangan dan tempat lawatan

Gelombang haba boleh menyebabkan gangguan tren, perubahan waktu operasi, penutupan sekolah, pembatalan acara dan sekatan lawatan di tempat tarikan utama. Jangan beli tiket last minute tanpa semak notis rasmi.

12. Jangan ambil ringan walaupun kita orang Malaysia

Ya, Malaysia memang panas.

Tetapi gelombang haba di Eropah berbeza.

Banyak bangunan lama tidak direka untuk suhu ekstrem. Tidak semua tempat ada air-cond. Pengangkutan awam boleh sesak. Jalan berbatu dan aktiviti berjalan kaki boleh menyebabkan badan cepat overheat.

Panas yang kita biasa tahan di Malaysia tidak semestinya sama dengan panas semasa travel di Eropah.

Bercuti biar selamat.

Jangan sampai itinerary cantik, tetapi badan tumbang.

#PublicHealthMalaysia

#Heatwave


Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved