Erra Fazira Sudah Berkahwin Secara Rahsia? Pengurus Pelakon Beri Penjelasan

EntertainmentLifestyle
14 Apr 2025 • 10:47 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sejak semalam tular dakwaan dari sebuah portal yang mengatakan seorang pelakon terkenal didakwa sudah berkahwin secara rahsia pada minggu lepas.

Meskipun tidak mendedahkan identiti aktres terbabit, namun netizen mula berspekulasi mengatakan Erra Fazira merupakan selebriti yang dimaksudkan.

image is not available

Susulan dakwaan tersebut, pengurus kepada Erra Fazira iaitu Sharenda Razak menafikan spekulasi itu.

Menurutnya, dakwaan tersebut disifatkan sebagai lucu dan status Erra kini kekal sebagai ibu tunggal.

Siapa yang cakap? Mana ada…Erra belum kahwin dan masih solo,” katanya yang mengulas laporan mengatakan seorang pelakon terkenal didakwa sudah berkahwin dengan jejaka yang tidak didedahkan identitinya.

Dalam temubual dengan media sebelum ini, Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 51, memberi jaminan tidak akan menyembunyikan daripada pengetahuan umum jika satu hari nanti dia bertemu jodoh dengan lelaki yang dikatakan menjalinkan hubungan dengannya, iaitu Ezwan Zain yang juga dikenali sebagai Mr. E.

image is not available

Ezwan juga dilaporkan sebelum ini mengakui hubungannya Erra mula terjalin sejak Ogos tahun lalu semakin serius.

Malah pasangan ini juga dilihat semakin terbuka dengan hubungan mereka apabila tampil dalam satu sesi live di platform media sosial. Sesi live tersebut mengundang reaksi positif pengikut yang rata-rata berharap hubungan mereka berakhir ke jenjang pelamin.

Apa-apapun kita doakan yang baik-baik untuk Erra dan pasangan.

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.