Erysha Emyra Alami ‘Panic Attack’ Di Majlis Pernikahan Sofea Shra - “Rasa Macam Tak Boleh Bernafas…”

28 Oct 2026 • 8:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Erysha Emyra Alami ‘Panic Attack’ Di Majlis Pernikahan Sofea Shra - “Rasa Macam Tak Boleh Bernafas…”

Hampir lima bulan selepas pemergian insan tercinta, pelakon Erysha Emyra memberitahu ada ketika dirinya tidak dapat mengawal perasaan sedih  saat mengenangkan arwah bapanya.  Malah Erysha turut berkongsi insiden dia pernah mengalami serangan panik ketika menghadiri majlis pernikahan rakan baiknya yang juga pencipta kandungan kecantikan, Sofea Shra baru-baru ini.  “Alhamdulillah sekarang dah okay cuma ada masa macam masih terasa sakit, ada masa emosi saya okay untuk bercakap perkara itu. Tapi, kadang-kadang dia memang comes and goes juga.  “Macam hari tu saya ada pergi majlis kahwin kawan baik saya, memang ingat nak pergi untuk berseronok. Tapi itu kali pertama majlis nikah yang saya pergi selepas pemergian arwah bapa.  “Secara tiba-tiba saya kena panic attack, rasa macam tak boleh bernafas. Kemudian saya keluar dari dewan sekejap untuk tenangkan diri semula,” kongsinya kepada Gempak.  Erysha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran dan sesi media untuk drama terbaharunya, Bayangan Dendam di Inspace KL, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Selasa.  Berkongsi lebih lanjut mengenai insiden itu, Erysha berkata dia secara tiba-tiba tidak dapat mengawal perasaan panik sehingga sukar bernafas selepas melihat momen Sofea dinikahkan oleh bapanya. Menurut pelakon berusia 26 tahun itu, dia mengambil masa untuk tenangkan dirinya sebelum kembali semula ke dewan pernikahan rakan baiknya.  “Saya rasa sebak bila saya tengok kawan baik saya dapat dinikahkan ayah dia, tapi itu sesuatu yang saya tak dapat nak lalui pengalaman itu.  “Lepas saya keluar dewan, saya ambil masa untuk tenangkan diri. Saya beritahu pada diri sendiri banyak kali yang ini adalah hari bahagia kawan saya. Memang saya tak buat hari itu tentang saya, cuma perasaan itu tak dapat dikawal.  “Ada beberapa kawan saya juga bantu, tenangkan saya dan bila saya rasa dah okay, saya masuk dewan semula,” ujarnya.  Anak kepada pelakon Datin Seri Noniswara itu juga mengakui dia masih dalam keadaan bersedih namun tetap mencuba untuk terus kuatkan semangatnya.  “Tak tahulah, grief ni dia pelik kan. Kadang-kadang kita okey, kadang-kadang kita tak okey. So, I'm still trying la, and just going with the flow,” ujarnya lagi.  Untuk rekod, bapa Erysha iaitu Datuk Zakaria Abdul Rahman meninggal dunia pada 29 Mei 2026 setelah berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU). 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved