
JAKARTA – Sekurang-kurangnya 12 orang cedera selepas eskalator dinaiki mereka di sebuah stesen kereta api di Jakarta Barat mengalami gangguan, lapor laman berita Detik hari ini.
Kejadian berlaku di Stesen Duri sekitar pukul 7.45 pagi (waktu tempatan) tadi.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan beberapa penumpang terjatuh berhampiran sebuah eskalator yang sepatutnya bergerak ke atas, namun tiba-tiba turun.
Nasib Presiden Setiausaha Korporat Komuter KAI, Karina Amanda memohon maaf atas kejadian tersebut dan mengesahkan semua mangsa menerima rawatan oleh paramedik.
“12 individu yang cedera termasuk dua kanak-kanak. Lima mangsa dibawa ke Hospital Duta Indah untuk rawatan lanjut.
“Kami akan terus memantau keadaan dan memberikan bantuan mengikut keperluan,” kata Karina. – AGENSI
The post Eskalator naik tiba-tiba turun, 12 cedera appeared first on Kosmo Online.


