Sekolah habis awal, 10 pelajar diserang histeria

3 Oct 2026 • 8:00 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sekolah habis awal, 10 pelajar diserang histeria

JAKARTA – Sesi pembelajaran di sebuah sekolah di Karangasem, Pualu Bali terpaksa ditamatkan lebih awal selepas k10 pelajar mengalami histeria, lapor laman berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di SMP Negeri 3 Manggis, baru-baru ini.

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @kabarkarangasemm menunjukkan beberapa pelajar perempuan terbaring di luar kelas sambil menjerit.

Ada antara mereka menangis teresak-esak.

Pengetua sekolah berkenaan, I Ketut Gunawan berkata, kejadian bermula apabila seorang pelajar tiba-tiba menangis tanpa sebab di dalam kelas.

“Awalnya, hanya seorang pelajar menangis di dalam kelas. Dia menjerit sehingga pelajar lain diserang histeria. 

“Saya segera mengumpulkan seluruh kakitangan dan  pihak berkaitan untuk menangani serta  menenangkan pelajar yang terjejas,” katanya. 

Susulan kejadian itu, pihak sekolah akhirnya membenarkan pelajar untuk pulang ke rumah lebih awal. – AGENSI

 

The post Sekolah habis awal, 10 pelajar diserang histeria appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved