Esok, undilah calon PH – Permintaan Anwar pada warga ATM, PDRM

LocalPolitics
9 Nov 2026 • 9:27 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Esok, undilah calon PH – Permintaan Anwar pada warga ATM, PDRM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon anggota Angkatan Tentera (ATM) dan pasangan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengundi awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, esok memberi kepercayaan kepada calon Pakatan Harapan (PH).

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar selaku Pengerusi Pakatan Harapan berkata, amanah yang diberikan akan digalas dengan iltizam dan tekad untuk berkhidmat kepada seluruh rakyat Melaka.

“Esok, rakan-rakan serta keluarga dari ATM dan PDRM akan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal di Melaka. Dengan rendah hati, saya memohon kepercayaan saudara dan saudari untuk mengundi calon Harapan.

“Undi saudara dan saudari akan menentukan sama ada Melaka dipimpin oleh mereka yang teguh mempertahankan amanah rakyat atau mereka yang sanggup menutup mata apabila amanah itu dikhianati. Kepada Allah SWT kita berserah,” katanya.

Seramai 12,531 pengundi awal terdiri daripada 9,769 anggota tentera dan pasangan serta 2,762 anggota polis yang layak mengundi pada PRN Melaka kali ini akan melaksanakan tanggungjawab mereka di 31 pusat yang diwartakan di seluruh negeri, esok. -Bernama

The post Esok, undilah calon PH – Permintaan Anwar pada warga ATM, PDRM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved