“Etika main mercun di rumah kami” – Tindakan Sekeluarga Bersihkan Lorong Lepas Main Mercun Dipuji

21 Oct 2025 • 10:39 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Isu yang mungkin jiran tetangga kena lalui setiap kali musim perayaan adalah bunyi dentuman mercun yang mungkin mengganggu penduduk setempat terutamanya bagi mereka yang mempunyai bayi kecil.

Sempena Deepavali baru-baru ini, sudah semestinya perkara seperti ini berlaku di kawasan perumahan kita, bukan sahaja masalah bunyi tetapi ada juga yang merungut kawasan perumahan mereka jadi kotor akibat serpihan mercun itu.

 

“Etika main mercun di rumah kami”

Namun berbeza dengan konsep dan etika daripada keluarga Karthiga Veloo ini, bapanya telah menerapkan beberapa panduan yang patut diamalkan jika ingin bermain mercun sempena perayaan.

Antara perkara yang perlu diterapkan adalah dengan memberitahu jiran yang mempunyai bayi kecil, bunyi penggera yang sensitif awal-awal akan acara itu dan mengelakkan bermain mercun lepas tengah malam.

Selain itu keluarganya juga wajib bersihkan serpihan mercun tanpa meninggalkan sebarang sisa selain daripada memakai selipar ketika main mercun, utamakan keselamatan dan berhenti jika keadaan terlalu berasap.

image is not available

Boleh tengok video di sini

Perkongsian yang dibuat menerusi Thread itu dilihat memberi reaksi positif dalam kalangan netizen dan rata-rata memuji sikap mereka sekeluarga. Ada yang memuji penduduk di kawasan tersebut yang mempunyai jiran sebaik keluarga Karthiga Veloo ini selain ada yang membandingkan dengan jiran mereka.

image is not available image is not available image is not available

Sumber : Threads

Sumber: Threads

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.