EU Ingin Haramkan Pengguna Bawah 16 Tahun Mengakses Media Sosial dan Chabot AI

WorldTechnology
27 Nov 2025 • 8:46 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Parlimen Eropah semalam meluluskan resolusi untuk mengharamkan akses kepada platform media sosial, platform perkongsian video dan chatbot kecerdasan buatan (AI) kepada pengguna bawah 16 tahun. Ini adalah bagi memastikan mereka hanya mengakses kandungan yang sesuai dengan umur mereka.

Ia akan dikawal oleh Akta Perkhidmatan Digital (DSA) Kesatuan Eropah dengan negara ahli boleh menetapkan usia minima untuk menggunakan media sosial, platform perkongsian video dan chatbot di negara mereka. Akta masih membenarkan pengguna berusia 13-16 tahun mengakses kesemua perkhidmatan ini jika menerima kebenaran ibu bapa atau penjaga.

image is not available

Parlimen Eropah juga ingin menyeragamkan akta untuk mengharamkan akses media sosial, platform perkongsian video dan chatbot Ai kepada pengguna bawah 13 tahun. Walaupun resolusi telah diluluskan parlimen, ia masih perlu melalui Suruhanjaya Eropah dengan proses ini mungkin akan mengambil masa beberapa tahun sebelum diluluskan.

Dengan in EU menjejaki langkah Australia, Denmark dan Malaysia yang mengharamkan akses media sosial kepada pengguna bawah 16 tahun. Australia akan memulakannya pada 10 Disember sementara Malaysia pula pada tanggal 1 Januari 2026. Sungguhpun begitu ibu bapa yang masih membenarkan anak bawah 16 tahun mengakses media sosial tidak akan dikenakan sebarang hukuman di Malaysia.