EV Konsep Toyota bZ7 Didedahkan Di Auto Guangzhou 2024 – Gaya Moden Yang Menyerlah

LocalCars
22 Nov 2024 • 12:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Toyota telah memperkenalkan kereta konsep terbarunya, sebuah kenderaan elektrik (EV), sedan Toyota bZ7 semasa acara Auto Guangzhou 2024. Model konsep ini jelas menampilkan reka bentuk yang seakan-akan serupa dengan model bZ3 dan juga Comfortable Space Concept yang dipamerkan semasa edisi acara sebelum ini.

Reka Bentuk Moden dan Aerodinamik

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Model bZ7 mempamerkan reka bentuk aerodinamik dengan bahagian depan yang tertutup sepenuhnya serta lampu depan LED berbentuk C yang tidak ubah seperti bZ3.

Ciri lain yang menarik perhatian ialah kamera sisi digital yang menggantikan cermin sisi fizikal, tetapi boleh dijangkakan bahawa ciri ini mungkin tidak akan ditampilkan dalam versi produksi kelak.

image is not available

Bahagian belakang pula dilengkapi lampu LED yang lebar dengan bumbung gaya fastback, menyerlahkan lagi kepanjangan badan model ini.

Spesifikasi Enjin & Bateri Masih Misteri

image is not available

Toyota belum berkongsi maklumat mengenai enjin atau bateri model ini. Bagaimanapun, CarNewsChina (CNC) melaporkan bahawa bZ7 mungkin akan menggunakan teknologi yang sama seperti bZ3, bergantung kepada kerjasama dengan BYD dalam aspek sistem bateri dan kuasa.

Kerjasama dengan GAC Motor

Walaupun Toyota dikatakan ‘meminjam’ teknologi BYD, Toyota bZ7 dihasilkan melalui usaha sama dengan GAC Motor, yang turut bertanggungjawab membangunkan model EV lain seperti bZ3X dan Bozhi 4X untuk pasaran domestik China. Selain itu, Toyota juga bekerjasama dengan FAW dalam penghasilan model seperti bZ3 dan bZ4X.

Pelancaran Rasmi Dijangka 2025

Menurut laporan yang sama daripada CNC, versi produksi bZ7 dijangka akan dilancarkan di pasaran China pada musim panas 2025. Model ini akan menjadi sebahagian daripada barisan sedan EV Jepun yang dihasilkan oleh pengeluar China, seperti Nissan N7 dan Mazda EZ-6.

Sumber foto: Dongchedi, CarNewsChina