Rolls Royce ialah paragon kemewahan, empayar dan jenama dengan pedigri kualiti yang dikenali ramai. Sebagai syarikat automotif legasi, ia lewat memasuki arena kenderaan elektrik (EV). Semalam Rolls Royce Project Nightingale diumumkan ia adalah EV kedua keluaran mereka selepas Spectre yang diumumkan pada tahun 2022.

Project Nightingale ialah EV ultra‑mewah tanpa bumbung pertama mereka dengan ia dibina secara coachbuild mengikut spesifikasi yang diminta oleh pelanggan. Ia juga amat panjang (5.76 m) tetapi hanya menempatkan dua tempat duduk. Rekaan mengambil gaya art deco Rolls Royce dekat 1920an dengan bahagian belakang seakan buritan kapal layar mewah.

Empat tayar 24″ digunakan dengan ia juga tayar terbesar pernah digunakan Rolls Royce. Bahagian kabin pula menggunakan kulit lembut premium yang dihiasi dengan 10,500 lampu kecil.

Hanya 100 unit Rolls Royce Project Nightingale akan dibina dengan ia tidak boleh dibeli. Sebaliknya pelanggan akan dijemput untuk membelinya pada harga sekitar $3.5 juta (~RM 13.8 juta) bagi mengekalkan status eksklusif. Sungguhpun projek baru diumumkan semalam, jemputan secara rahsia telah diutuskan sejak 2024 kepada pelanggan tertentu sahaja.

