
Penentangan ke atas model AI generatif ialah ia dilatih menggunakan data pengkarya tanpa pampasan walaupun harta intelek telah dirobek tanpa kebenaran. Maka model AI yang dilatih menggunakan data sendiri kini mula ditawarkan bagi menyelesaikan isu etika penggunaan data. Adobe Firefly Custom Models diumumkan tahun lalu dengan ia membenarkan model AI generatif dilatih menggunakan data peribadi.

Adobe Firefly Custom Models kini boleh diakses menerusi fasa beta terbuka selepas selama ini hanya ditawarkan Adobe kepada beberapa pelanggan serta rakan perniagaan. Adobe Firefly Custom Models boleh menjana gambar dan imej tetapi menggunakan karya seni pemilik harta intelek. Model yang dihasilkan hanya boleh digunakan oleh pemilik harta intelek sahaja.
Dengan Adobe Firefly Custom Models, karya yang dihasilkan akan konsisten dengan karya yang pernah dihasilkan sebelum ini. Bagi pelanggan korporat, tidak akan timbul isu logo, gaya dan kempen pengiklanan yang berubah mendadak.




