

Insiden sebuah kenderaan elektrik (EV) yang terbakar ketika sedang dicas di Alam Damai, Cheras pagi tadi telah menimbulkan kegusaran dalam kalangan bakal pembeli yang bimbang kejadian sama berlaku kepada mereka.
Perkara itu mula disuarakan di group EV.
"Yakinkan saya please, EV selamat dicas di rumah," soal seorang ahli group EV.
Sebaliknya, rata-rata pengguna media sosial lain meninggalkan komen:
"Masalah bukan dekat EV..masalah dekat pendawaian elektrik di rumah," kata seorang pengguna Facebook.
Seorang lagi turut menulis: Gunakan Khidmat professional installer. Jangan kedekut sebab kejadian ni boleh berlaku jika guna khidmat installer yang tak berpengalaman.
"Charger wajib install orang yang bertauliah. Cable jangan pakai yang celup," jelasnya.
Seorang lagi pula memberi tips:
"Yang nak beli EV:
1. Check beza NMC vs LFP
2. Sarankan upgrade 3 phase dan guna 3 phase charger
3. Pastikan installer wallbox bertauliah dan menggunakan saiz cable dan breaker yg betul.

Pendek kata, jangan risau, mengecas EV di rumah kerana mengecas kereta di rumah sebenarnya selamat sekiranya prosedur dan perkakasan yang betul digunakan.
Kebanyakan kes kabel melepuh atau terbakar berpunca daripada penggunaan peralatan yang tidak melepasi piawaian atau bebanan elektrik melampau (overloading) pada litar rumah.

Tips Mengelakkan Kabel Pengecas EV Terbakar
Elakkan Penggunaan Extension Plug BiasaSoket sambungan (extension wire) biasa di rumah tidak direka untuk mengalirkan arus elektrik tinggi secara berterusan selama berjam-jam. Sentiasa colokkan pengecas mudah alih (portable charger) terus ke soket dinding.
Gunakan Wallbox Khusus (Pengecas AC)Lakukan pemasangan pengecas dinding (Wallbox) oleh jurutera atau pendawai elektrik bertauliah. Wallbox dilengkapi sistem perlindungan khas untuk mengawal aliran arus elektrik secara stabil dan selamat.
Pastikan Pendawaian Rumah Mampu Menampung BebanSebelum mula mengecas, dapatkan pemeriksaan sistem pendawaian rumah daripada jurutera bertauliah. Pastikan suis pemutus litar (MCB/RCD) dan ketebalan wayar mematuhi spesifikasi bebanan pengecas EV.
Gunakan Kabel Pengecas Bertauliah & OriginalGunakan kabel pengecas asal daripada pengeluar kenderaan (OEM) atau jenama pihak ketiga yang mempunyai sijil keselamatan diiktiraf (seperti SIRIM atau CE). Elakkan membeli kabel tiruan murah yang tiada jaminan keselamatan.
Periksa Keadaan Kabel dan Soket Secara BerkalaSebelum mengecas, pastikan fizikal kabel, kepala palam, dan soket berada dalam keadaan baik. Jangan gunakan kabel yang kembang, retak, atau mempunyai kesan terbakar/kekuningan.
Pastikan Pengudaraan Baik Semasa MengecasGulung habis kabel semasa mengecas dan elakkan meletakkan kabel yang terikat atau bertindih. Kabel yang terikat akan merangkap haba dan mempercepatkan proses peningkatan suhu yang membahayakan.





