Hutan bukit 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam terbakar

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 11:19 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Hutan bukit 2.8 hektar berhampiran Masjid Negeri Shah Alam terbakar

Kawasan hutan bukit seluas 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Seksyen 14, Shah Alam terbakar, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

SHAH ALAM: Kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar berhampiran Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 14 di sini, terbakar dalam kejadian tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.01 tengah hari sebelum mengerahkan pasukan ke lokasi.

“Jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam yang tiba mendapati kawasan hutan bukit seluas kira-kira 2.8 hektar terbakar.

“Bagaimanapun, kebakaran tidak melibatkan sebarang struktur bangunan berhampiran serta tiada kemalangan jiwa atau mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi pemadaman melibatkan 10 anggota dan pegawai bomba menggunakan peralatan khas termasuk fire beater serta pam.

Ashrul Riezal berkata setakat 8.30 malam operasi pemadaman mencapai 60 peratus dan masih diteruskan secara berperingkat.

“Pasukan bomba sedang memadam tompokan api menggunakan sumber air daripada pili bomba Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) serta bantuan lori tangki air, selain melaksanakan fire break bagi mengekang kebakaran daripada merebak,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved