Exsim Hospitality raih kontrak RM17.2 juta daripada Nestcon Builders

LocalBusiness & Finance
5 May 2025 • 10:49 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Exsim Hospitality raih kontrak RM17.2 juta daripada Nestcon Builders

image is not available

05/05/2025 - 10:49

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 5 Mei - Exsim Hospitality Bhd menerima subkontrak bernilai RM17.2 juta daripada Nestcon Builders Sdn Bhd bagi kerja-kerja hiasan dalaman unit apartmen.

Kontrak itu merangkumi reka bentuk, pembekalan, dan pemasangan kerja dalaman bagi unit apartmen dalam projek kediaman Nestcon.

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, Exsim memaklumkan kerja tersebut bermula pada 2 Mei 2025 dan dijangka siap pada 20 Mac 2026, atau pada tarikh lanjutan seperti yang dibenarkan dalam kontrak.

"Kontrak itu akan memberi sumbangan positif kepada aset bersih sesaham, pendapatan sesaham serta nisbah keberhutangan kumpulan sepanjang tempoh pelaksanaan projek," katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat turut menjelaskan sebarang kerosakan atau kecacatan selepas projek siap akan ditanggung selama 27 bulan bermula dari tarikh sijil penyiapan praktikal dikeluarkan.

Saham Exsim kekal tidak berubah pada 35 sen dengan permodalan pasaran mencecah sebanyak RM325.1 juta.- DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved