Ezral tidak lagi hidup berpindah-randah

11 Aug 2026 • 7:42 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ezral tidak lagi hidup berpindah-randah

LIPIS – Selepas 24 tahun hidup berpindah-randah dan menyewa rumah, sepasang suami isteri akhirnya mampu mengukir ­senyuman apabila impiannya memiliki kediaman sendiri menjadi kenyataan menerusi inisiatif Rumah Rakyat Pahang (RRP).

Bagi Mohd. Ezral Abd. Razak, 37, mengakui peluang memiliki rumah sendiri disifatkan sebagai rezeki yang hadir ketika keluarganya berdepan pelbagai ujian kehidupan.

Sebelum ini, dia dan isterinya, Nurul Bazilah Abdul Wahab, 38, terpaksa menumpang di rumah keluarga mentuanya di Kampung Tanjung Gahai.

Dia yang menghidap penyakit buah pinggang dan perlu membuat rawatan cuci darah tiga kali seminggu selain rawatan susulan bagi penyakit hati dan paru-paru menyebabkan dia tidak lagi mampu bekerja tetap, manakala isterinya mencari rezeki sebagai pembantu kantin sekolah dan berniaga burger pada waktu petang.

“Dengan pendapatan yang tidak menentu dan tiga orang anak yang masih bersekolah, memang sukar untuk kami memiliki rumah sendiri,” jelasnya.

Selain itu, Salmah Mat Moh, 45, dari Kampung Bukit Kota, dekat sini berkata, rumah bernilai RM80,000 yang dite­rimanya bukan sekadar tempat berteduh, malah simbol perjuangan dan penantian keluarganya untuk menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Sejak mendirikan rumah tangga mereka terpaksa berpindah sebanyak lima kali dan menyewa rumah dengan kadar RM300 sebulan kerana tidak mampu membina kediaman sendiri. -KOSMO! ONLINE

The post Ezral tidak lagi hidup berpindah-randah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved