Ezurin Khyra Sedih Anak Kurang Fasih Dalam Bahasa Melayu - “Inilah Keburukan Hantar…”

9 Jun 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sosialit dan ikon fesyen terkenal, Ezurin Khyra meluahkan rasa sedih apabila anaknya, Omaan Khyra tidak fasih berbahasa melayu. 

Menerusi perkongsian video di Instagram Story, Ezurin mengakui bahawa antara kelemahan menghantar anak ke sekolah berasrama di luar negara adalah mereka sukar bertutur dalam Bahasa Melayu dengan fasih.

“Inilah antara keburukan menghantar anak ke sekolah berasrama di luar negara. Sebab mereka tak boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dengan lancar,” katanya.

Walaupun Ezurin mengetahui anaknya tidak fasih berbahasa melayu, namun dia tahu anaknya berusaha untuk bertutur dalam bahasa ibunda. 

Katanya lagi, anaknya itu juga memuat naik satu aplikasi khas untuk membantunya memahami dan betutur dalam bahasa melayu. 

“Omaan dah muat turun satu aplikasi untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Melayu. Ini kerana dia paling kurang bertutur dalam bahasa itu berbanding yang lain,” jelasnya.

Sekadar info, Ezurin Khyra pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suaminya, Tunku Datuk Yaacob. Namun, mereka bercerai pada tahun 2022.

Mereka juga dikurniakan lima cahaya mata iaitu Tunku Amaan Khyra, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra.


 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved