“Saya Tiada Darah Melayu, Tapi Fasih Cakap Kelantan” – Ameera Khan

9 Jun 2025 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Personaliti media sosial, Ameera Khan menjelaskan bahawa dirinya bukan berketurunan Melayu, namun masih fasih berbahasa Melayu kerana membesar di Malaysia.
 
Menerusi satu rakaman sesi siaran langsung yang tular,  Ameera memaklumkan walaupun ibunya berdarah Arab dan bapanya pula berasal dari keturunan Pakistan, dia tetap menghormati budaya tempatan dan mampu bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik. 
 
Malah, turut fasih bertutur dalam loghat Kelantan.
 
“Ibu saya Arab, bapa saya Pakistani. Saya tiada darah Melayu tapi lahir kat sini (Malaysia), membesar di sini, tapi saya boleh cakap bahasa Melayu, terutamanya bahasa Kelantan.
 
“Kalau tak boleh cakap Melayu tu, boleh tamparlah muka saya,” ujarnya sambil tertawa.
 
Dalam masa sama, adik kepada selebriti Neelofa itu turut berdepan dengan dilema apabila ada yang bertanya tentang identiti bangsanya.
 
Menurutnya, meskipun ibu bapa tidak mempunyai darah keturunan Melayu, namun dia memilih untuk menyatakan dirinya Melayu demi mengelakkan persepsi negatif daripada orang lain.
 
“Kalau orang tanya, ‘Orang Melayu ke?’ Saya cakap sahaja Melayu sebab kalau tak cakap Melayu orang cakap tak sedar diri.
 
“Tak cakap Melayu, nak cakap Melayu buat apa memang ibu bapa saya tiada darah Melayu.
 
“Kalau saya cakap bukan Melayu, orang judge saya. Jadi saya cakap ya sahaja saya Melayu,” katanya lagi.
 
Sumber: X
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved