F1 Academy 2024: Pembukaan Musim di Shanghai

SportsWomen's Fashion
19 Mar 2025 • 10:20 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Siri perlumbaan F1 Academy bakal membuka tirai musim 2024 hujung minggu ini di Litar Antarabangsa Shanghai sebagai perlumbaan sokongan Formula 1. Kejohanan ini diwujudkan untuk membantu pembangunan bakat pelumba wanita serta menggalakkan penglibatan mereka dalam sukan pemotoran. Sejak diperkenalkan, F1 Academy telah menjadi platform penting dalam melahirkan lebih ramai pelumba wanita berbakat yang berpotensi untuk melangkah ke peringkat yang lebih tinggi dalam dunia perlumbaan.

Tahun ini, saingan dijangka lebih sengit dengan penyertaan pelumba berbakat dari seluruh dunia, termasuk pelumba Wildcard yang mendapat peluang istimewa untuk berlumba dalam kategori ini. Dengan lebih banyak pasukan dan sokongan dari pelbagai organisasi permotoran, F1 Academy terus berkembang sebagai platform yang mampu mengubah landskap sukan permotoran wanita.

Selain mengasah kemahiran pemanduan, F1 Academy turut berperanan sebagai sumber inspirasi kepada generasi muda, membuktikan bahawa wanita juga mampu bersaing dalam dunia perlumbaan yang kompetitif. Kejohanan ini bukan sekadar mengenai perlumbaan, tetapi juga satu gerakan untuk meningkatkan kesedaran dan peluang dalam sukan pemotoran bagi wanita di seluruh dunia.

Jadual Perlumbaan F1 Academy di Shanghai

Jumaat, 21 Mac
Sesi Latihan Bebas – 9:05 pagi
Sesi Kelayakan – 2:05 petang

Sabtu, 22 Mac
Race 1 – 1:50 petang

Ahad, 23 Mac
Race 2 – 10:45 pagi

Kesemua sesi perlumbaan boleh ditonton secara percuma di YouTube rasmi F1 Academy serta di beIN Sports 1 sepanjang musim ini.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan aksi srikandi F1 Academy berentap di Shanghai! 

Teruskan bersama Four Wheels..!

: F1 Academy & FIA F4 China

#FourWheels #TWMedia #F1Academy #WomenInMotorsport #FemalesInMotorsport

Kenali Pemandu F1 Academy musim 2025:-

image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


image is not available


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved