Hamilton mahu Ferrari lebih kemas

2 Sep 2026 • 11:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Hamilton mahu Ferrari lebih kemas

MONZA: Pelumba Ferrari, Lewis Hamilton mahu pasukannya memperkemas aspek pelaksanaan strategi sekiranya mahu terus memberi tekanan kepada Mercedes dalam perebutan kejuaraan Formula 1 (F1) musim ini.

Hamilton mengakui Ferrari sudah menunjukkan peningkatan ketara sejak awal musim, termasuk berjaya merapatkan jurang dengan Mercedes untuk muncul sebagai pencabar utama pasukan itu.

Bagaimanapun, juara dunia tujuh kali tersebut percaya Ferrari perlu lebih konsisten dalam memanfaatkan peluang yang hadir, terutama ketika perlumbaan memasuki separuh kedua musim.

“Saya fikir semua orang sangat bersemangat dan fokus dalam pasukan. Kepercayaan terhadap pasukan juga sangat tinggi dan amat mengagumkan untuk melihatnya.

“Kami terus menambah prestasi dan meningkatkan jentera, jadi tidak banyak lagi yang boleh saya minta daripada pasukan.

“Cuma kami perlu memasuki separuh kedua musim ini dan cuba melaksanakan segala-galanya dengan lebih baik,” katanya.

Kelemahan Ferrari dalam aspek pelaksanaan strategi sekali lagi terserlah di Zandvoort apabila Hamilton terpaksa berpuas hati dengan keputusan yang menjejaskan kedudukannya dalam carta kejuaraan.

Pelumba kelahiran Britain itu kini berada di tangga ketiga, berkongsi jumlah mata yang sama dengan bekas rakan sepasukannya di Mercedes, George Russell namun ketinggalan berdasarkan kiraan kemenangan.

Sementara itu, Kimi Antonelli terus mengukuhkan kedudukan di hadapan dengan kelebihan 59 mata.

Ferrari kini mengalihkan fokus kepada Grand Prix Itali di Monza hujung minggu ini, dengan pasukan berkenaan mengharapkan keputusan lebih baik di hadapan penyokong sendiri. – AGENSI/UTUSAN

The post Hamilton mahu Ferrari lebih kemas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved