F1: Juara dunia tujuh kali tegur Isr@3! depan-depan

12 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

F1: Juara dunia tujuh kali tegur Isr@3! depan-depan

Jaguh Formula Satu (F1), Lewis Hamilton, mendesak Israel mesti membenarkan trak bantuan masuk ke Gaza, sehari selepas melawati lintasan sempadan Rafah di Mesir.

Juara dunia tujuh kali itu tiba di El-Arish pada hari Selasa. Di sana, dia diberi taklimat mengenai cara bantuan disediakan dan diselaraskan sebelum dihantar ke Gaza, selain melawat lintasan Rafah serta gudang bantuan milik Bulan Sabit Merah Mesir.

"Genosid yang dilakukan Israel di Gaza sejak tiga tahun lalu adalah sesuatu yang amat mengerikan.

"Adalah satu ketidakadilan apabila manusia dinafikan kebebasan, keselamatan, dan maruah mereka. Tiada manusia pun wajar dilayan seolah-olah nyawa mereka kurang bernilai," tulis pemandu pasukan Ferrari itu di Instagram.

Israel menafikan sekeras-kerasnya tuduhan melakukan genosid dan menyatakan bahawa kempen ketenteraannya di Gaza menyasarkan militan Hamas.

Bekas pemandu Mercedes itu menceritakan pengalamannya melihat trak-trak makanan berbaris dan bersedia untuk bergerak di sempadan, namun sering ditahan atau mengalami kelewatan yang ketara.

Hamilton mendedahkan di sebuah pusat logistik berhampiran, terdapat barangan yang ditolak atas "alasan yang tidak masuk akal", termasuk beg tidur, kit pertolongan cemas, peralatan perubatan, kerusi roda, dan bola sepak untuk kanak-kanak.

"Israel perlu memenuhi kewajipannya di bawah perjanjian gencatan senjata dan membenarkan trak bantuan masuk. Tiada alasan lagi," tegasnya.

"Saya tidak mahu kita menjadi terbiasa dengan penderitaan mereka. Saya tidak mahu kita memalingkan muka."

Pemandu berusia 41 itu merupakan seorang pendukung isu-isu kemanusiaan.

Pada tahun 2021, Hamilton mengasaskan Mission 44, sebuah badan amal yang menyokong golongan muda serta berusaha meningkatkan akses mereka kepada pendidikan dan peluang pekerjaan.

Dia kini menduduki tempat keempat dalam kejuaraan pemandu. Kimi Antonelli daripada pasukan Mercedes telah pun mengesahkan gelaran juara, dengan baki tiga perlumbaan lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved