F1: Mampukah Mercedes raikan kejuaraan berganda di Mexico?

26 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

F1: Mampukah Mercedes raikan kejuaraan berganda di Mexico?

Kejayaan Kimi Antonelli memenangi kejuaraan kesembilannya musim ini di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat (AS) yang berlangsung di Austin bukan sahaja mendekatkan pelumba berusia 20 tahun itu dengan gelaran juara dunia, malah meningkatkan peluang Mercedes-AMG Petronas F1 Team untuk dinobat sebagai juara kategori pengeluar 2026 di GP Mexico pada 1 November nanti.

Ketika Antonelli hanya memerlukan dua mata dari perlumbaan di Mexico untuk bergelar juara dunia termuda dalam sejarah, Mercedes perlu memastikan mereka memungut 39 mata lebih banyak daripada pencabar terdekat, Ferrari.

Untuk merealisasikannya, Mercedes perlu memastikan kedua-dua pemandu – Antonelli dan George Russell menyumbang mata dari podium dengan gelaran juara dan naib juara perlu menjadi pilihan utama yang memberikan mereka 43 mata maksimum.

Jangkaan ini dianggap sukar berdasarkan prestasi baik Ferrari -- terutamanya menerusi kecemerlangan Charles Leclerc dan jenteranya yang turut meraih podium di Austin—menjadikan GP Brazil dilihat lokasi lebih relevan buat Mercedes mengesahkan kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2021.

Setakat ini, Mercedes mendahului kedudukan pengeluar dengan 607 mata, diikuti oleh Ferrari di tempat kedua dengan 474 mata – sekaligus memegang perbezaan 133 mata. Manakala juara 2022 dan 2023, Reb Bull Racing di tempat ketiga dengan 355 mata, mengikat kedudukan yang sama dengan juara bertahan, Mclaren yang akur mengisi tangga keempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved