F1: Mercedes tidak perlukan Verstappen

17 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Mercedes tidak perlukan Verstappen

LONDON – Mercedes mungkin tidak lagi memerlukan khidmat juara dunia empat kali, Max Verstappen selepas pasukan itu dilihat sudah menemui ‘Verstappen baharu’ dalam diri pelumba muda, Kimi Antonelli.

Bekas ketua pasukan Haas, Guenther Steiner berpendapat keperluan Mercedes untuk mendapatkan Verstappen semakin pudar selepas prestasi Antonelli yang semakin menyerlah bersama pasukan berpangkalan di Brackley itu.

Masa depan Verstappen dalam Formula Satu (F1) dikatakan tidak menentu terutama apabila Red Bull bergelut untuk menyaingi Mercedes di kelompok hadapan saingan musim 2026, selain dia turut dikaitkan dengan penghijrahan ke McLaren.

Menurut Steiner, Verstappen hanya akan berminat untuk berpindah sekiranya destinasi baharunya mampu menawarkan peluang lebih baik berbanding Red Bull, namun tidak banyak pasukan yang kini berada pada tahap terbaik.

“Jika Max (Verstappen) pergi ke tempat lain, sudah tentu dia mahu pergi ke pasukan yang lebih baik daripada Red Bull. Tidak banyak pasukan yang lebih baik daripada Red Bull ketika ini,” katanya.

Steiner berkata, Red Bull mungkin tidak lagi berada di tahap dominan seperti beberapa tahun lalu, namun pasukan itu masih dianggap antara empat pasukan terbaik dalam saingan F1.

“Di Mercedes, saya rasa mereka sudah menemui Max Verstappen yang seterusnya. Jadi, mungkin mereka tidak memerlukan Max yang sebenar buat masa ini,” katanya.

Dalam pada itu, Steiner menganggap Red Bull masih mempunyai kelebihan berbanding McLaren kerana pasukan itu mempunyai unit kuasa sendiri, manakala McLaren menggunakan enjin Mercedes sebagai pasukan pelanggan. – AGENSI

The post F1: Mercedes tidak perlukan Verstappen appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved