F1: Pelumba teruja Litar Sepang kembali

28 Jul 2026 • 9:00 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Pelumba teruja Litar Sepang kembali

PELUMBA pasukan Mercedes AMG Petronas, George Russell dan Kimi Antonelli menyuarakan rasa teruja apabila berpeluang untuk berlumba di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang menjadi lokasi Grand Prix (GP) Bahrain Oktober depan.

Kedua-dua pelumba itu gembira kerana mereka akhirnya dapat menunaikan hasrat beraksi di Sepang, terutamanya Russell yang menganggap ia sebagai litar kegemarannya semasa bermain permainan video.

Walaupun tidak pernah berlumba di Sepang secara nyata, namun Russell mengakui dia seolah-olah sudah mengetahui selok-belok litar berkenaan hasil daripada pengalamannya bermain permainan video sebelum ini.

“Bertempat di Malaysia, Sepang akan menjadi satu litar yang sangat menarik. Sebenarnya Sepang adalah litar kegemaran saya kerana kerap berlumba di situ semasa bermain permainan video F1 ketika kecil.

“Saya tidak pernah berlumba di sana tetapi rasa seperti sudah biasa dengan keadaan litar itu. Selain itu, ia juga akan menjadi aksi di laman sendiri buat Petronas, jadi itu sesuatu yang hebat,” katanya menerusi video yang dimuat naik di Instagram pasukan itu.

Terdahulu, penganjur F1 mengesahkan Sepang akan menjadi lokasi perlumbaan GP Bahrain yang sepatutnya berlangsung April lalu, namun terpaksa ditangguhkan akibat isu keselamatan di Asia Barat.

Sementara itu, Antonelli juga memiliki pendapat yang sama seperti Russell apabila menganggap mereka akhirnya dapat berlumba di laman sendiri kerana dia juga tidak pernah beraksi di Sepang.

“Bagi saya, ini adalah perlumbaan laman sendiri yang sebenar buat Mercedes. Sepang merupakan satu litar yang sangat menarik, jadi ia pasti akan menjadi salah satu perlumbaan terbaik,” ujarnya. – AGENSI

The post F1: Pelumba teruja Litar Sepang kembali appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved