F1: Mustahil anjur perlumbaan di Malaysia secara dwitahunan

4 Oct 2026 • 12:58 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Mustahil anjur perlumbaan di Malaysia secara dwitahunan

SEPANG – Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM), Tan Sri Mokhzani Mahathir menganggap penganjuran perlumbaan Formula Satu (F1) di Malaysia secara dwitahunan sebagai tidak realisitik.

Beliau berkata, sekiranya ada cadangan supaya Malaysia menganjurkan perlumbaan itu secara bergilir-gilir dengan Singapura, ia tidak mungkin dapat dilaksanakan kerana negara jiran itu dijangka tidak bersetuju.

Dalam pada itu, Mokhzani turut menjelaskan, penganjuran F1 memerlukan negara-negara penganjur untuk menandatangani kontrak selama lima tahun bersama pemilik perlumbaan empat roda berkenaan.

“Saya rasa Singapura tidak akan melepaskan peluang untuk menganjurkan Formula Satu, jadi nak buat secara berselang-seli dengan Malaysia, bagi saya tidak mungkin berlaku. Sebelum ini pun kita tidak pernah bergilir-gilir.

Image from: F1: Mustahil anjur perlumbaan di Malaysia secara dwitahunan
MOKHZANI MAHATHIR

“Suasana juga berbeza kerana mereka perlumbaan malam, manakala kita petang. Jika peminat Formula Satu boleh datang ke sini, mereka juga boleh pergi ke Singapura,” katanya ketika ditemui di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini.

Sebagai rekod, Malaysia bersetuju untuk menganjurkan perlumbaan Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Sepang susulan ketegangan politik yang sedang berlaku di rantau Asia Barat pada ketika ini.

Sementara itu, beliau yang juga bekas Pengerusi SIC turut menyatakan harapan seandainya perlumbaan GP Malaysia kembali dianjurkan, ianya adalah disebabkan Malaysia menganjurkan F1 secara tetap dan bukannya menggantikan mana-mana perlumbaan.

“Situasi kita kali ini unik kerana keadaan di Asia Barat tidak mengizinkan perlumbaan Formula Satu diadakan, jadi kita dapat peluang itu. Kita tidak mahu ia kekal begitu kerana itu menunjukkan situasi di tempat lain tidak selamat.

“Kebiasaannya, kontrak menganjurkan Formula Satu adalah secara 3+2, iaitu lima tahun supaya senang untuk kita buat perancangan. Bagi saya, SIC sentiasa bersedia untuk menganjurkan perlumbaan,” ujar Mokhzani. – KOSMO! ONLINE

The post F1: Mustahil anjur perlumbaan di Malaysia secara dwitahunan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved