F1: Tuah Litar Sepang bersama Verstappen

6 Oct 2026 • 9:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: F1: Tuah Litar Sepang bersama Verstappen

SEPANG – Pelumba Red Bull, Max Verstappen akhirnya menamatkan kemarau kemenangan musim ini apabila mengharungi perlumbaan penuh dramatik untuk menjuarai Grand Prix (GP) Bahrain di Litar Sepang kelmarin.

Kemenangan itu cukup bermakna buat juara dunia empat kali berkenaan selepas kali terakhir menaiki podium utama pada GP Abu Dhabi penghujung musim lalu, sekali gus menghadiahkan kemenangan ke-72 sepanjang kariernya dalam Formula Satu (F1).

Bermula dari petak utama, Verstappen kehilangan pendahuluan kepada dua pelumba Mercedes sebaik perlumbaan dimulakan, namun pelumba Red Bull itu bangkit merampas semula kedudukan pertama sebelum membina kelebihan lebih 10 saat ke atas Kimi Antonelli.

Bagaimanapun, kelebihan tersebut terpadam apabila kereta keselamatan dikeluarkan buat kali kedua berbaki sembilan pusingan susulan jentera Alex Albon mengalami kerosakan, namun Verstappen kekal tenang untuk mengesahkan kemenangan pertamanya musim ini.

“Ia sangat huru-hara dengan pelbagai perkara yang berlaku pada awal perlumbaan. Jentera hilang kuasa, jadi anda perlu menunggu sehingga kuasa itu kembali.

“Tetapi, kemudian kami membuat keputusan yang tepat untuk menggunakan tayar intermediate dan selepas itu, sedikit demi sedikit, kami berjaya memperbaiki kedudukan.

“Sejak dari situ, kami hanya mengharungi perlumbaan dengan cara kami sendiri sehingga tamat, walaupun dengan kehadiran Kereta Keselamatan, tetapi kami berjaya mengawal semuanya dengan baik,” katanya.

Verstappen turut mengulas pencapaian meraih kemenangan sulung Red Bull Powertrains pada tahun pertama mereka sebagai pembekal unit kuasa.

“Ini sesuatu yang luar biasa. Saya rasa sejak awal lagi, sudah tentu kami bermula dengan matlamat tertentu dan untuk memenangi perlumbaan sulung pada tahun pertama kami menggunakan unit kuasa sendiri adalah sesuatu yang sangat mengagumkan,” katanya. – AGENSI

The post F1: Tuah Litar Sepang bersama Verstappen appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved