Sembilan tahun menanti! PM sifatkan F1 Sepang kenangan bermakna buat peminat seluruh dunia

5 Oct 2026 • 11:14 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kemeriahan Formula 1 (F1) kembali dirasai di Litar Antarabangsa Sepang selepas sembilan tahun, dengan penganjuran Grand Prix Gulf Air Bahrain kali ini disifatkan sebagai kenangan cukup bermakna buat peminat sukan permotoran dari seluruh dunia.

Image from: Sembilan tahun menanti! PM sifatkan F1 Sepang kenangan bermakna buat peminat seluruh dunia

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aksi hebat dipamerkan barisan pelumba dan pasukan sepanjang perlumbaan berjaya menyajikan saingan penuh debaran serta sengit kepada peminat.

Menerusi hantaran di Facebook semalam, Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pelumba dan pasukan yang menjayakan perlumbaan berprestij berkenaan.

“Terima kasih kepada seluruh pelumba dan pasukan atas aksi hebat yang disajikan buat peminat dari seluruh dunia sekali gus menjadikan perlumbaan di Sepang kali ini kenangan yang cukup bermakna,” kata beliau.

Dalam perlumbaan berkenaan, Anwar bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Bahrain, Putera Salman Hamad Al Khalifa turut menyampaikan trofi kepada pelumba serta pasukan yang mengungguli saingan.

Perdana Menteri turut mengucapkan tahniah kepada Max Verstappen, Kimi Antonelli dan Lewis Hamilton serta pasukan Red Bull Racing atas kejayaan masing-masing.

Image from: Sembilan tahun menanti! PM sifatkan F1 Sepang kenangan bermakna buat peminat seluruh dunia

Sebelum ini, F1 pada Julai lalu mengesahkan Malaysia sebagai tuan rumah GP Gulf Air Bahrain 2026 yang berlangsung dari 2 hingga 4 Oktober.

Penganjuran perlumbaan itu di Sepang direalisasikan susulan persetujuan antara Formula 1, Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) serta kerajaan kedua-dua negara.

Kepulangan F1 ke Malaysia ternyata mendapat sambutan meriah apabila kawasan penonton terus dibanjiri peminat meskipun litar dibasahi hujan.

Suasana itu sekali gus menggambarkan kerinduan peminat terhadap perlumbaan berprestij berkenaan selepas kali terakhir F1 berlangsung di Malaysia sembilan tahun lalu.

Sumber: Facebook Anwar Ibrahim

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved