Sonos Akan Hadir Dengan Sokongan Google Assistant Untuk Beberapa Peranti Bermula Minggu Hadapan

10 May 2019 • 5:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sonos ialah jenama pembesar suara premium yang cukup terkenal di seluruh dunia. Beberapa daripada pembesar suara tersebut hadir dengan sokongan untuk pembantu digital seperti Amazon Alexa.

Menurut Sonos, mereka akan memperkenalkan sokongan Google Assistant pada peranti-peranti Sonos One dan juga Sonos Beam bermula minggu hadapan.

Sonos dikatakan telah menjanjikan sokongan untuk Google Assistant sejak 2017, tetapi ia telah mengambil mereka masa dua tahun untuk memastikan pembantu digital tersebut boleh digunakan pada dua peranti ini tanpa sebarang masalah.

Sokongan Google Assistant ini akan tiba pada kedua-dua peranti yang dinyatakan bermula minggu hadapan di pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu, dan di pasaran-pasaran lain tidak lama lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved