FA Jepun Pertimbang Keluar AFC, Mahu Wujudkan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur

FootballSports
19 Oct 2025 • 4:40 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) dilaporkan semakin tidak berpuas hati dengan keadaan semasa dalam Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), khususnya berhubung pengaruh besar negara-negara Arab serta keputusan yang dianggap tidak adil.

Situasi itu mendorong kepimpinan JFA mempertimbangkan tindakan drastik termasuk menubuhkan sebuah persekutuan baharu.

image is not available

Menurut laporan Zamin, Jepun kini sedang menilai kemungkinan menubuhkan Persekutuan Bola Sepak Asia Timur (East Asian Football Association) selepas beberapa keputusan kontroversi dalam kejohanan Elite Asian Champions League yang berlangsung di Arab Saudi.

Cadangan itu dikatakan tercetus selepas insiden membabitkan kelab Jepun, Vissel Kobe, yang kehilangan kedudukan dalam carta selepas pasukan Shandong Taishan menarik diri daripada kejohanan tersebut.

Artikel berkaitan: ⁠Isu Jalur Gemilang Terbalik, FAM Hantar Bantahan Rasmi Kepada AFC

Artikel berkaitan: Selangor FC Berdepan Denda RM110,000 Oleh AFC Gara-gara Kesalahan Kain Rentang Penyokong

Lebih mengejutkan, AFC turut mengenakan denda sebanyak USD10,000 terhadap Vissel Kobe — satu keputusan yang dianggap sebagai bukti jelas wujudnya layanan dua darjat.

Wakil JFA menegaskan bahawa kelab-kelab Jepun serta pemain bintang negara itu yang beraksi di Eropah, seperti Takefusa Kubo, sering terjejas akibat jadual perlawanan yang tidak teratur serta isu pengurusan struktur dalam AFC.

image is not available

Sumber turut memaklumkan, sekiranya Persekutuan Bola Sepak Asia Timur benar-benar ditubuhkan, beberapa negara seperti Korea Selatan, Australia dan Iraq dijangka akan menyertai Jepun dalam pergerakan tersebut.

Langkah itu berpotensi mengubah keseimbangan kuasa dalam arena bola sepak Asia.

Pemerhati sukan berpendapat tindakan Jepun itu boleh menjadi titik perubahan besar — bukan sahaja dalam konteks politik bola sepak Asia, tetapi juga mampu mendorong AFC untuk melakukan reformasi dalaman secara menyeluruh.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved