Facebook Akan Mula Guna “View” Sebagai Metrik Utama Pada Media Sosial Tersebut

TechnologyDigital
16 Nov 2024 • 12:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Facebook kini berkongsi mereka akan melakukan perubahan pada kiraan metrik bagi perkongsian kandungan, dan akan beralih kepada penggunaan “View” sebagai kiraan metrik utama bagi perbandingan pelbagai kandungan di platform tersebut.

image is not available

Dengan perubahan ini, semua video dan Reels yang dimainkan akan dikira menggunakan View. Perkara sama juga untuk Stories, gambar dan juga perkongsian teks yang akan turut mengambil-kira metrik Views sebagai metrik tontonan.

Facebook mengatakan perubahan ini akan diperlihatkan melalui Meta Business Suite dan Professional Dashboard bermula beberapa minggu lagi. Selain pada paparan kandungan, metrik sama juga turut akan digunapakai oleh Meta untuk pengiklanan.