Facebook Ingin Memudahkan Penulisan Perkongsian Melalui Integrasi AI

TechnologyDigital
26 Oct 2023 • 7:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta sedia berkongsi hasrat memperkenalkan sejumlah integrasi kecerdasan buatan pada produk mereka, termasuk sebuah chatbot dinamakan Meta AI. Meta AI ini dijangka memberikan pelbagai maklumbalas dan memudahkan lagi tugasan pengguna.

Disamping itu, mengikut kod pembangunan yang ditemui pada aplikasi Facebook, ia dilihat Meta bakal memperkenalkan sebuah ciri baharu yang memudahkan proses penulisan oleh para pengguna platform sosial berkenaan.

image is not available

Dinamakan sebagai “Write with AI”, ia dijangka memudahkan pengguna menulis sesuatu perkara, dan seterusnya memperbetulkan tatabahasa, serta mengubah tona menjadi serius, kelakar dan lain-lain.

Buat masa ini, ciri ini dilihat pada peringkat pembangunan. Tidak diketahui lagi bilakah Meta akan memperkenalkan ciri ini secara rasminya melalui Facebook kepada semua.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved