
Meta kini dilaporkan sedang menguji sebuah ciri baharu pada Facebook, membolehkan setiap pengguna mendapatkan rumusan pada setiap pagi, sekaligus memudahkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan yang sedang berlaku melalui platform berkenaan pada setiap pagi.

Menggunakan kecerdasan buatan janaan, ia akan menganalisa kandungan perkongsian di Facebook dan sumber luaran, dan memberikan rumusan dengan mudah kepada setiap pengguna. Ini sekaligus memudahkan pengguna dalam mengikuti apa yang sedang berlaku dalam kalangan rakan-rakan, mahupun melibatkan berita menyeluruh.
Langkah ini dijangka akan meningkatkan kadar penggunaan Facebook. Sebelum ini, OpenAI sedia menawarkan ciri lebih kurang sama melalui apa yang dipanggil ChatGPT Pulse.


