YouTube Menguji Ciri Permesejan Dalam Aplikasi – Memudahkan Perbualan Dan Perbincangan Berkenaan Sesuatu Video

Technology
19 Nov 2025 • 10:27 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

YouTube kini mengumumkan mereka sedang bereksperimen dengan sebuah ciri baharu, iaitu sokongan permesejan secara terbina pada aplikasi mudah-alih YouTube. Dengan langkah ini, pengguna boleh berkomunikasi dan berbual antara satu sama lain terus melalui aplikasi video berkenaan.

YouTube memfokuskan ciri ini dalam memudahkan pengguna berkongsi video kegemaran antara satu sama lain, dan pada masa yang sama mengadakan perbincangan dan perbualan berkenaan dengannya. Pada hari ini, ada beberapa perbualan berkenaan video berkenaan berlaku di luar aplikasi, dan dengan sokongan permesejan terbina ini, ia menyelesaikan masalah berkenaan.

YouTube mengatakan ciri ini adalah antara ciri yang paling banyak diminta pengguna seluruh dunia. Sokongan permesejan ini diuji di Ireland dan Poland buat masa ini, untuk mereka yang berusia atas 18 tahun.

Untuk makluman, sebelum ini Spotify turut telah memperkenalkan sokongan permesejan secara terbina pada aplikasi mereka.