Mozilla Umum “AI Window” – Integrasi Sokongan AI Pada Pelayar Web Firefox

Technology
14 Nov 2025 • 9:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Mozilla, pembangun disebalik pelayar web popular Firefox, hari ini mengumumkan sedang membangunkan sokongan integrasi kecerdasan buatan janaan pada pelayar web mereka, dibawah ciri dinamakan “AI Window”.

image is not available

Melaluinya, ia memberikan ruangan terkawal kepada pengguna dalam berbual bersama pembantu AI, yang turut boleh membantu pengguna dalam melakukan sejumlah tugasan. Ciri ini boleh diaktifkan oleh pengguna bila diperlukan, sekaligus memberikan pengguna kawalan sepenuhnya – berbeza dengan integrasi kecerdasan buatan pada pelayar web lain.

Mozilla turut mengatakan ia turut akan memperlihatkan bagaimana data digunakan, sekaligus lebih telus berbanding pelbagai pelayar web lain – selari dengan keterbukaan yang dijuarai oleh Mozilla. Mengikut gambaran yang diberikan, ia boleh diaktifkan seperti mana mengaktifkan tetingkap untuk pelayaran peribadi pada Firefox.

Buat masa ini, ciri ini dilabelkan sebagai akan datang, dan bagi anda yang berminat boleh melakukan pendaftaran minat melalui laman Firefox AI.