Fadhlina bangga penglibatan 1,500 murid jadi ‘Human Graphic’

31 Aug 2026 • 3:15 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Fadhlina bangga penglibatan 1,500 murid jadi ‘Human Graphic’

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga pendidik serta murid-murid yang terlibat dalam menjayakan persembahan ‘Human Graphic’ sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya hari ini.

Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, beliau turut terharu dan berasa bangga dengan semangat yang diberikan oleh semua peserta.

“Terima kasih anak-anak dan seluruh warga pendidik atas komitmen luar biasa menjayakan persembahan ‘Human Graphic’.

“Bangga. Terharu. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Terdahulu, seramai 1,500 murid berjaya dibentuk menjadi pasukan ‘human graphic’ terbaik dalam memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

Jurulatih Utama Segmen Human Graphic Kementerian Pendidikan, Nur Haslim Dawid Ahmad Suiduddin Muhammad berkata, proses menggabungkan murid pelbagai sekolah dengan tahap kebolehan dan pengalaman berbeza menjadi antara cabaran utama dalam membentuk formasi manusia itu.- KOSMO! ONLINE

The post Fadhlina bangga penglibatan 1,500 murid jadi ‘Human Graphic’ appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved