Elaun murid 'human graphic' pun jadi isu

LocalOpinion
31 Aug 2026 • 9:15 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Elaun murid 'human graphic' pun jadi isu
Seramai 1,500 pelajar membuat persembahan dalam segmen Human Graphic pada sesi raptai penuh Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya. Foto: Bernama

BEBERAPA hari menjelang 31 Ogos, Merak Jalanan melihat persiapan menyambut Hari Kebangsaan ke-69 semakin rancak.

Antara yang mencuri perhatian pastinya persembahan 'human graphic' membabitkan murid sekolah yang akan mewarnai sambutan penuh bersejarah itu.

Khabarnya, mereka sudah berlatih berbulan-bulan. Bukan sehari dua, malah sanggup berpanas dan mencurah keringat demi memastikan persembahan yang dipertontonkan nanti benar-benar meninggalkan kesan.

Namun, di sebalik kesungguhan anak-anak ini, Merak Jalanan terbaca satu persoalan di media sosial, berapa agaknya elaun diterima murid-murid berkenaan?

Ada yang memberikan pandangan dan jawapan positif, tidak kurang juga yang melihatnya dari sudut berbeza.

Merak Jalanan sempat bertanya kepada seorang ibu yang anaknya pernah menyertai program seumpama itu. Katanya, walaupun sudah beberapa tahun berlalu, anaknya masih mengingati pengalaman tersebut sebagai antara kenangan paling manis dalam hidupnya.

“Elaun dapat beberapa ratus ringgit. Selain itu, ada makan, baju dan barangan cenderamata. Anak-anak pun sudah cukup gembira.

“Lagipun, sebelum menyertai program ini, ibu bapa diberikan surat kebenaran terlebih dahulu dan anak-anak turut menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kalau ibu bapa tidak bersetuju, boleh sahaja menolak tawaran,” katanya kepada Merak Jalanan.

Jadi, apa isu sebenarnya? Biarlah anak-anak ini menikmati pengalaman yang mungkin hanya datang sekali dalam hidup mereka.

Berilah ruang mereka mencipta kenangan bersama negaranya. Jadi, ayuh kita sama-sama merdekakan fikiran.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved