Fadhlina bertemu keluarga pelajar SMK Za’aba, KPM arah audit segera sekolah

LocalFamily & Parenting
26 Sep 2026 • 11:46 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek merakamkan rasa dukacita susulan pemergian seorang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

KPM zahir ucapan takziah

Menerusi satu kenyataan, beliau berkata, seluruh warga Kementerian Pendidikan (KPM) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang kini berdepan kehilangan tersebut.

Fadhlina turut memaklumkan bahawa beliau telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas pemergian berkenaan.

Siasatan sedang dijalankan oleh PDRM

Beliau turut hadir ke sekolah berkenaan untuk bertemu dengan warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pertemuan itu diadakan bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut termasuk tindakan yang telah diambil oleh pihak berkaitan.

“Siasatan berhubung kejadian ini sedang dijalankan oleh PDRM. Saya dimaklumkan bahawa seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan. KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus,” ujarnya.

Arah Jemaah Nazir audit segera sekolah

Dalam pada itu, Fadhlina berkata aspek keselamatan serta pematuhan tatacara di sekolah akan diteliti secara menyeluruh di peringkat KPM.

Beliau turut mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan.

“Tiada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa,” katanya lagi.

Image from: Fadhlina bertemu keluarga pelajar SMK Za’aba, KPM arah audit segera sekolah

Selain itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian tersebut.

Fadhlina menegaskan bahawa keluarga Allahyarham menjadi keutamaan dalam saat sukar berkenaan, selain KPM akan terus memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM serta memastikan kebajikan warga sekolah terpelihara.

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved