Fadhlina Zahir Dukacita Susulan Kematian Pelajar Tingkatan Dua, KPM Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis

LocalPolitics
26 Sep 2026 • 12:45 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Fadhlina Zahir Dukacita Susulan Kematian Pelajar Tingkatan Dua, KPM Beri Kerjasama Penuh Kepada Polis

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek merakamkan rasa dukacita yang mendalam atas pemergian seorang murid Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Menurutnya, seluruh warga Kementerian Pendidikan (KPM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

"Saya telah bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham di hospital bagi menyampaikan sendiri rasa simpati atas kehilangan yang amat menyayat hati ini.

"Pagi ini saya telah hadir ke sekolah berkenaan untuk bertemu dengan warga sekolah, pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) serta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian tersebut dan tindakan yang telah diambil.

"Siasatan berhubung kejadian ini sedang dijalankan oleh PDRM. Saya dimaklumkan bahawa seorang pelajar telah ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Menurutnya, KPM dan pihak sekolah akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada PDRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh dan telus.

Baca juga:

"Di peringkat KPM, aspek keselamatan dan pematuhan tatacara di sekolah akan diteliti secara menyeluruh.

"Saya telah mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit dengan segera bagi mengenal pasti sebarang ketidakpatuhan.

"Tiada pihak akan dilindungi sekiranya didapati berlaku salah laku atau pelanggaran undang-undang. Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya lagi.

Dalam pada itu, KPM turut menyediakan perkhidmatan kaunseling dan sokongan psikososial kepada keluarga Allahyarham serta warga sekolah yang terkesan akibat kejadian ini.

"Dalam saat yang sukar ini, keutamaan kita adalah keluarga Allahyarham. KPM akan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan PDRM dan memastikan kebajikan warga sekolah terus terpelihara," ujarnya lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved