Fadhlina Dedah Dewan Sekolah Tiada CCTV, Nafi Irene Sofiya Diseret Dari Surau

LocalPolitics
5 Oct 2026 • 12:23 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

irene sofiya cctv sekolah

Kes kematian seorang pelajar perempuan Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor baru-baru ini menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan di sekolah berkenaan.

Menerusi perkembangan terkini, Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengesahkan sekolah terbabit mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), namun kemudahan itu tidak dipasang di lokasi kejadian berlaku.

Sehubungan itu, KPM kini mengambil tindakan segera dengan menambah baik sistem CCTV sedia ada termasuk memastikan peralatan yang rosak dibaiki.

“Sekolah itu ada CCTV, cuma ia tidak dipasang di tempat kejadian jenayah itu berlaku.

“Jadi kita sedang tambah baik, akan ambil tindakan terus. Mana-mana sekolah yang telah mempunyai CCTV yang tidak berfungsi, sila maklumkan kepada KPM untuk ditambah baik,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, ditemukan tidak bernyawa dalam sebuah dewan di sekolah berkenaan pada Sabtu lalu.

Susulan kejadian itu, KPM telah mengarahkan pemeriksaan menyeluruh terhadap aspek pengurusan dan keselamatan di sekolah terbabit.

Antara yang diperiksa termasuk kawalan keluar masuk, rondaan keselamatan, pematuhan SOP, fungsi CCTV serta pelaksanaan tugas syarikat kawalan keselamatan pada hari kejadian.

Sekiranya pemeriksaan mendapati berlaku pelanggaran kontrak atau kecuaian oleh syarikat kawalan keselamatan, tindakan sewajarnya boleh diambil termasuk notis ketidakpatuhan, tindakan kewangan dan penamatan kontrak.

Screenshot 2026 10 05 121609

Artikel berkaitan: “Dia tak minat ada teman lelaki” – Irene Sofiya Sangat Pentingkan Pelajaran, Kejar Impian Jadi Doktor Pakar

Artikel berkaitan: “Harap dapat sokongan tegakkan keadilan untuk anak saya” – Bapa Irene Sofiya

Nafi Irene Sofiya diseret dari surau

Sementara itu, Fadhlina turut meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes tersebut.

Beliau menafikan beberapa dakwaan yang tular, termasuk kononnya mangsa diseret dari surau ke dewan sekolah serta berlaku kerosakan pada surau sekolah.

“Ada dakwaan mengatakan mangsa diseret dari surau ke dewan tempat kejadian serta dakwaan cermin pecah di surau. Ini semua tidak benar.”

Beliau mengingatkan orang ramai agar berhati-hati sebelum berkongsi sebarang maklumat kerana kes berkenaan masih dalam siasatan dan melibatkan murid bawah umur.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved