Fadhlina mohon guru bertenang, KPM akan terangkan Polisi Perlindungan Murid

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 10:49 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengadakan satu sesi khas bersama pemegang taruh bagi membincangkan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah yang sebelum ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan guru.

KPM adakan sesi khas bersama pemegang taruh

Menerusi hantaran di Facebook Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menyatakan Ketua Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang KPM telah diminta mengadakan sesi berkenaan bagi meneliti serta menjawab setiap kebimbangan yang dizahirkan guru.

Keutamaan KPM adalah lindungi murid, guru & warga sekolah

Menurutnya, beliau memahami kegusaran yang disuarakan oleh guru dan meminta semua pihak bertenang serta memberi ruang kepada KPM untuk menerangkan pelaksanaan polisi itu secara menyeluruh.

Fadhlina menjelaskan, polisi berkenaan bukan hanya memberi perlindungan kepada murid, malah merangkumi semua pihak yang terlibat dan berurusan dengan mereka.

“Keutamaan KPM adalah untuk melindungi semua murid, guru dan seluruh warga sekolah.
“Sekiranya terjadi sesuatu insiden di sekolah, polisi ini memberi panduan yang terperinci berkaitan tanggungjawab semua pihak dan cara untuk menanganinya,” katanya.

Image from: Fadhlina mohon guru bertenang, KPM akan terangkan Polisi Perlindungan Murid

Tambahnya, KPM komited memastikan setiap pelaksanaan dibuat secara teliti dan bertanggungjawab demi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat.

Terdahulu, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyifatkan paksaan kepada guru untuk menandatangani aku janji kepatuhan polisi perlindungan murid melalui surat pekeliling ikhtisas (SPI) sebagai sesuatu yang amat tidak wajar.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon berkata, perkara itu seolah-olah menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid, khususnya dalam aspek perlindungan.

“Untuk tempoh terdekat (sebelum adanya persetujuan bersama antara NUTP dan KPM berkaitan perkara ini), pihak NUTP meminta agar semua ahli tidak menandatangani aku janji tersebut dan meminta agar semua Pengetua dan Guru Besar tidak membuat paksaan kepada guru-guru untuk menandatangani aku janji tersebut,” kata NUTP dalam satu kenyataan.

Image from: Fadhlina mohon guru bertenang, KPM akan terangkan Polisi Perlindungan Murid

Sumber: Facebook Fadhlina Sidek

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved