Fadlina arah KP, penasihat undang-undang KPM adakan sesi khas perjelas Polisi Perlindungan Murid Sekolah

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 10:54 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Fadlina arah KP, penasihat undang-undang KPM adakan sesi khas perjelas Polisi Perlindungan Murid Sekolah

KUALA LUMPUR - Polisi Perlindungan Murid Sekolah memberi perlindungan kepada semua pihak yang terlibat serta berurusan dengan murid dan jika sesuatu insiden berlaku di sekolah, ia memberi panduan yang terperinci berkaitan tanggungjawab dan cara untuk menanganinya.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, berkata keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah untuk melindungi semua murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Bagaimanapun, kata Fadlina, berikutan kegusaran yang disuarakan oleh guru-guru berkenaan polisi terbabit, beliau telah meminta Ketua Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang KPM untuk mengadakan satu sesi khas bersama pemegang taruh bagi menjawab dan meneliti setiap kebimbangan yang dizahirkan oleh guru-guru

“Saya memahami kegusaran yang disuarakan oleh guru-guru berhubung Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Buat masa ini, saya memohon agar semua guru bertenang dan memberi ruang kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menerangkan perkara ini secara menyeluruh.

“Sekiranya terjadi sesuatu insiden di sekolah, polisi ini memberi panduan yang terperinci berkaitan tanggungjawab semua pihak dan cara untuk menanganinya,’’ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Guru-guru baru-baru ini menyuarakan kebimbangan selepas mereka dilaporkan diarah menandatangani Aku Janji dalam surat pekeliling mengenai pelaksanaan polisi perlindungan murid sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Malah Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) dalam kenyataannya menyifatkan paksaan kepada guru untuk menandatangi Aku Janji kepatuhan polisi perlindungan murid melalui SPI ini adalah sesuatu yang amat tidak wajar.

Menurut Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon, ia menidakkan usaha guru selama ini dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada murid dalam aspek perlindungan kepada mereka.

“Polisi yang aku janjinya ditandatangani oleh guru ini akan merisikokan guru dan menjadi penguat kepada sesiapa yang menjadi plaintif dalam saman sivil kepada guru yang mungkin akan berlaku pada masa hadapan,’’ katanya.

Berikutan itu, beliau memberitahu, NUTP sedang dalam usaha mengadakan perundingan dengan pihak KPM agar Aku Janji tersebut ditarik balik dan digantikan dengan elemen lain yang lebih bersifat profesional dan tidak “mengancam” guru.

NUTP juga, katanya, meminta agar semua ahli tidak menandatangani Aku janji tersebut dan pengetua serta guru besar diminta tidak membuat paksaan keada guru-guru untuk menandatangani Aku Janji tersebut sehingga isu berkenaan selesai. - 13 Ogos, 2026

The post Fadlina arah KP, penasihat undang-undang KPM adakan sesi khas perjelas Polisi Perlindungan Murid Sekolah appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved