Fadhlina Sidek Umum Jawatan Kosong Guru Tetap, Netizen Sindir Hal Lain – “Jawatan Kosong Menteri Pendidikan Ada Tak?”

LocalPolitics
16 Aug 2025 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini melalui laporan Harian Metro, Menteri Pendidikan iaitu Fadhlina Sidek memaklumkan terdapat kekosongan untuk jawatan sebagai guru tetap dan menyeru orang ramai tidak melepaskan peluang.

Sebagai langkah memastikan kekosongan guru tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah, KPM melaksanakan penempatan guru secara interim dan penempatan semula secara bersasar.

Biarpun ia merupakan satu khabar berita baik buat orang ramai yang mengimpikan untuk menjadi guru tetap, tetapi terdapat segelintir netizen yang tidak berpuas hati.

Dapat dilihat di ruangan komen hantaran yang dimuat naik di Facebook Harian Metro, netizen menyindir Fadhlina dengan mengatakan jawatan Menteri Pendidikan yang sepatutnya dikosong bagi digantikan oleh orang lain yang didakwa lebih layak.

image is not available

Sebelum ini, tular di platform media sosial netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan ‘kerja’ yang dilakukan oleh Fadhlina, lagi-lagi berkaitan isu kematian Allahyarham Zara Qairina.

image is not available 2025-08-11 10:53:29

"Teruk Sangat Dia Ni, Turunkan Dia!" - Ramai Gesa Fadhlina Sidek Letak Jawatan