Fadlan Hazim Nampak Kesukaran Ibu Bapa Bahagikan Kasih Sayang, Letak Sasaran Untuk Ada 2 Anak - “Walaupun Saya Ada Duit Berjuta Sekalipun…”

9 Sep 2024 • 7:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Melihat kesukaran ibu bapa untuk membahagikan kasih sayang yang adil kepada adik-beradik, pelakon Fadlan Hazim meletakkan sasaran untuk mempunyai dua orang anak.

Mahu 2 anak

Percaya pada rezeki anak, Fadhlan bagaimanapun berkata keputusan itu dibuat kerana mahu memberikan kasih sayang dan perhatian tidak berbelah bahagi.

 

“Saya dan isteri nak anak tapi tak ramai mungkin paling maksimum dua orang, sebab nak balik kampung ke Kazakhstan ada empat orang anak agak susah.

 

“Saya percaya rezeki anak tu dan walaupun saya ada duit berjuta-juta sekalipun maksimum saya tetap dua orang anak. Sebab saya adik-beradik ramai, empat orang pun dah kira ramai kan.


“Saya tengok ibu bapa saya sebelum ini, mereka agak struggle untuk fokuskan kasih sayang. Semua dapat secukupnya, cuma perhatian mungkin kurang sikit.

 

“Kadang-kadang saya dengan adik-beradik pun cemburu sebab ada yang dia dapat saya tak dapat. Saya nak elakkan benda itu,” kata Fadhlan kepada Gempak.

 

Fadlan berkongsi perkara itu pada majlis pelancaran Elitez Gym di The Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Cuba dapatkan zuriat

Dalam pada itu, Fadlan atau Fadlan Hazim Anuwar, 32, berkata dia dan isterinya Aiya Mukhamedsalova, kini sedang mencuba untuk mendapatkan cahaya mata pertama,

 

“Perancangan memang ada, sekarang ni sedang mencuba. Jadi doa-doakan. Umur saya pun dah 32 jadi pada usia macamni sedang elok dah ada anak,” katanya.

 

Untuk rekod, Fadlan mendirikan rumah tangga bersama wanita berasal dari Kazakhstan iaitu Aiya Mukhamedsalova, 30, pada 16 Julai 2023.