Fahmi Fadzil Beri Sebab Kompaun Pengendali Era FM Lebih Tinggi Berbanding Kes Harith & Cecilia

LocalPolitics
12 Mar 2025 • 11:38 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) tidak akan mengambil sebarang tindakan lanjut terhadap tiga penyampai radio, iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir Affendy.

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menjelaskan bahawa ketiga-tiga mereka telah melalui pelbagai proses, termasuk siasatan yang dijalankan sebelum ini.

image is not available

Saya percaya (keadaan ini) memang mendatangkan kesan yang negatif, termasuk kepada mereka.

 

Jadi saya minta mereka bersabar dan tenang dalam menghadapi dugaan besar ini.

 

Saya juga memaklumkan kepada mereka bahawa kita tidak berhasrat untuk mengambil apa-apa tindakan kepada mereka. They have been gone through enough.

Kompaun bukan pada Era FM tapi syarikat pengendali

Selain itu, Fahmi turut menjelaskan bahawa kompaun sebanyak RM250,000 yang dikenakan bukanlah terhadap Era FM, tetapi kepada Maestro Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (MBNS).

image is not available

MBNS bukan individu tetapi adalah sebuah anak syarikat milik Astro yang mempunyai keuntungan besar.

Kompaun RM250,000 terhadap MBNS diberi izin oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berpandukan kepada beberapa faktor, termasuk pindaan Akta 588 yang berkuat kuasa pada 11 Februari lalu.

Dia juga menegaskan bahawa pindaan ini telah meningkatkan denda maksimum mahkamah kepada RM500,000.

Isu kompaun Harith & Cecilia

Susulan laporan mengenai kompaun yang dikenakan terhadap MBNS, timbul reaksi daripada beberapa pihak yang berpendapat jumlah tersebut terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kompaun yang dikenakan ke atas pihak lain yang turut memuat naik kandungan sensitif sehingga menyentuh kesucian agama Islam.

Sementara itu, Harith Iskander dan Cecilia Yap masing-masing dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana mereka adalah individu dan bukan sebuah syarikat.

Fahmi menjelaskan bahawa jumlah kompaun tersebut lebih rendah kerana kesalahan yang dilakukan berlaku sebelum 11 Februari, ketika denda maksimum masih ditetapkan pada RM50,000.

image is not available 6 days ago

"Just Stop Minta Maaf, Jangan Melebih.." - Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Buat Trio DJ Era FM