Nabil, Azad & Radin Masih Direhatkan Hingga Siasatan Selesai

LocalEntertainment
12 Mar 2025 • 1:50 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyampai radio 3 Pagi Era iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin dan Radin Amir Affendy masih lagi direhatkan sehingga siasatan dalaman selesai.

image is not available

Ketua Strategi Astro Radio iaitu Rizal Sahimy berkata, pengumuman mengenai status tiga penyampai itu akan dibuat selepas siasatan selesai.

Siasatan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sudah pun selesai, lesen tidak digantung, saman pun sudah ada.

 

Bagaimanapun, kami masih lagi melakukan siasatan dalaman secara terperinci dari segala sudut bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang.

 

Buat masa ini, mereka masih lagi direhatkan bagi meredakan tekanan memandangkan isu masih panas.

Rizal turut berkata, setakat ini tiada prosedur operasi standard (SOP) baru yang diperkenalkan namun pemantauan lebih ketat akan dilaksanakan bagi mengelak daripada berlakunya kecuaian.

image is not available

Sumber : Harian Metro 

SOP sudah ada, kita hanya ikut yang sedia ada. Penyampai pun sudah menyesali perbuatan dan mohon maaf secara terbuka, kami tahu mereka tertekan.

 

Bagi menjaga kesihatan mental dan tak mahu kerja terganggu, biarlah mereka berehat dahulu.

Tambah Rizal, video tular yang telah mencetuskan kekecohan itu sudah pun dipadam bagi menjaga sensitiviti.

Sebelum ini, Maestra Broadcast Network System Sdn .Bhd. telah dikenakan kompaun RM250,000 namun lesen mereka tidak digantung.

image is not available 23 hours ago

Fahmi Fadzil Beri Sebab Kompaun Pengendali Era FM Lebih Tinggi Berbanding Kes Harith & Cecilia