Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kini mengingatkan para guru supaya tidak menggunakan para pelajar sebagai kandungan untuk media sosial masing-masing.
Menteri mengingatkan supaya cikgu yang juga pempengaruh media sosial untuk mencari jenis kandungan berbeza dan tidak menggunakan para pelajar – kerana ini membawa kepada isu melibatkan keselamatan, data peribadi selain turut mendedahkan nama dan wajah pelajar ke media sosial. Ini sekaligus membawa kepada terdedah kepada pelbagai ancaman bahaya, termasuk bahaya seksual.
Menteri turut menekankan yang platform media sosial merekodkan dan menyimpan data. Apabila memuat-naik sesuatu kandungan ke media sosial, data berkenaan disimpan pada pelayannya yang dimiliki di negara luar. Disebabkan itu juga, Menteri meminta supaya lebih berhati-hati ketika berkongsi kandungan melalui media sosial.


