Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan guru supaya tidak menggunakan pelajar sebagai kandungan di media sosial mereka. Tindakan ini boleh mengundang risiko keselamatan, termasuk eksploitasi dan jenayah seksual kanak-kanak.
“Sekiranya guru ini seorang pempengaruh, carilah kandungan lain kerana akan timbul beberapa isu terhadap keselamatan, data peribadi dan sebagainya jika dedahkan wajah atau nama murid ke dalam media sosial mereka.
“Ia mungkin membolehkan kanak-kanak jadi mangsa jenayah seksual, pengantunan kanak-kanak atau pengantunan seksual… kita nak elak jenayah dan masalah ini berlaku, jadi guru jangan benarkan imej pelajar mereka dimasukkan di dalam media sosial,” katanya memetik laporan Bernama..
- Mat Sabu ajak orang ramai sertai himpunan solidariti Palestin
- Penjawat awam terima BKK Aidilfitri RM500 minggu depan
- ‘STR FASA 2 disalurkan pada 9 juta penerima mulai 24 Mac’ – MOF
- Penunggang motosikal terkandas banjir, tindakan pemandu lori raih pujian
- ‘Rumah strata mana boleh pasang grill macam ni!’ – Netizen
Internet selamat untuk sekolah
Fahmi menegaskan kerajaan sedang bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi memastikan penggunaan Internet di sekolah lebih selamat.
“Kementerian sediakan Internet di semua sekolah, ada kira-kira 4,000 sekolah yang disasarkan untuk projek titik kehadiran. Apa guna ada Internet murah, laju dan meluas tapi tidak digunakan dengan selamat? Kita nak ia selamat digunakan terutama bagi kanak-kanak dan keluarga,” jelasnya.
Sebagai langkah pencegahan, kempen Jelajah Internet Selamat bakal dilancarkan selepas Aidilfitri, melibatkan 10,000 sekolah di seluruh negara. Program ini bertujuan mendidik guru dan pelajar mengenai penggunaan media sosial yang bertanggungjawab, bermula dengan sekolah di sekitar Lembah Klang.
Hentikan kandungan TikTok melibatkan pelajar
Fahmi turut mengingatkan guru supaya tidak menggunakan TikTok untuk menghasilkan kandungan melibatkan pelajar.
“Media sosial tidak sesuai untuk kanak-kanak. Menerusi jelajah itu nanti, mesej yang saya mahu sampaikan kepada guru sekolah rendah ialah agar mereka menghentikan penggunaan TikTok untuk membuat kandungan melibatkan pelajar.
“Dalam media sosial mereka merakam serta menyimpan data dan apabila kita masukkan kandungan, sebenarnya kita telah menyerahkan maklumat diri dan keadaan sekeliling kepada pelayan dan platform yang dimiliki kebanyakan negara asing, itulah sebab kita perlu berwaspada dan tahu apa kandungan yang sesuai untuk dimasukkan dalam media sosial,” tegasnya.
The post Guru dilarang jadikan pelajar sebagai content media sosial – Fahmi appeared first on The Reporter.




